Mengapa peminum Milagro Coffee naik mendadak?............Juga ikuti kisah pelancaran rasmi Milagro Coffee di Sani Hotel, K.L oleh tetamu undangan istimewa daripada MATRADE, Encik Wan Latif Wan Musa.



Hadir mewakili CEO MATRADE yang terlibat dengan beberapa urusan rasmi di luar negara, Encik Wan Latif Wan Musa ceria memberikan suntikan semangat keusahawanan dan kemeriahan yang diperlukan di pelancaran rasmi produk Milagro Coffee, Aqid Aqila Resources Sdn Bhd bertempat di Sani Hotel, Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi , 27hb Ogos 2016.

Beliau yang hadir bersama Encik Azfar Azhar daripada Divisi Promosi Produk & Servis, MATRADE juga menyatakan keterujaan tentang keterlibatan persatuan WITUS (Wanita Ibu Tunggal Selangor) yang ditaja istimewa di kursus keusahawanan Seminar Beyond Marketing yang berlangsung selepas majlis pelancaran rasmi berakhir di tempat yang sama sehingga hari Ahad, 28hb Ogos 2016. 

Menurutnya adalah sesuatu yang sangat bermanfaat bila aktiviti jual beli produk dapat dilakukan juga daripada rumah selepas ini oleh mereka yang terlibat dan ianya tidak memerlukan kos yang tinggi untuk memulakan langkah keusahawanan melalui sistem agen-stokis. Walau bagaimanapun beliau secara positifnya turut melaungkan semangat dan azam keusahawanan yang lebih tinggi untuk Milagro Coffee menembusi pasaran luar negara dengan kadar segera jua. Sambil memuji tindakan awal yang telah diambil dengan menyertai karnival jualan di Bangkok dan Dubai sebelum ini, beliau juga menjelaskan ini adalah penting untuk membolehkan kelangsungan operasi dan pengeluaran serta pemasaran pada jangka panjang ujarnya lagi. Beliau juga menaruh keyakinan produk istimewa Milagro Coffee dengan manfaat kawalan diabetes/hypertensi ini pasti akan beroleh pertambahan peningkatan mendadak peminumnya di dalam suasana kemeriahan sokongan oleh banyak pihak selepas ini.



Ucapan oleh Puan Salmah Hayan, Milagro Coffee, Aqid Aqila Resources Sdn Bhd


Ucap semangat dan perasmian oleh Encik Wan Latif Wan Musa, MATRADE.



Sokongan posing promo terbaik! oleh Encik Azfar Azhar & Encik Wan Latif Wan Musa, MATRADE serta Encik Haidar Zali, Aqid Aqila Resources Sdn Bhd.



Sokongan Pengerusi Persatuan WITUS (Wanita Ibu Tunggal Selangor) dan ahli ahlinya.



Jom minum Milagro Coffee! Mmm...Sedap Ek...




Produk Istimewa Milagro Coffee



Puan Rozita Husin dari Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Terus berminat mendaftar menjadi Agen Kawasan semasa majlis pelancaran. Boleh menghubungi beliau di 017-255 0989 untuk bertanya tanya dan membeli produk Milagro Coffee.


Kekal Sihat! dengan Milagro Coffee!


Bergambar kenang kenangan sebelum berpisah selepas majlis berakhir.









Menghirup berhemah bancuhan teristimewa Milagro Coffee itu segera menjana kesegaran yang diperlukannya! Walau semalaman bagai kekurangan rehat dan tidur memikirkan persiapan dan agenda akhir serta maklum balas yang bakal diterima selepas majlis pelancaran berakhir namun ternyata kebaikan manfaat kesegaran dan ketenangan  itu mengatasi segalanya!

Tubuh, jiwa dan mindanya terus segar dan positif menjangkakan momentum kebaikan  di urusan seterusnya. Nyata hanya kesyukuran yang perlu dinyatakan untuk meraih kebaikan berpanjangan di laluan keusahawanan itu jua.

Mengukir senyuman kesyukuran teristimewa atas kelancaran majlis pada hari itu, Puan Salmah Hayan terus positif menjangkakan hasil bermomentum kebaikan daripada segala segi selepas ini.Sokongan padu positif berpanjangan daripada rakan sepasukan dan mereka yang di sekeliling sudah pasti diraih! Go! Milagro Coffee!



Terima Kasih


Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


STOKIS


AGEN